Dalam apa jua bidang yang kita ceburi, sudah menjadi lumrah untuk kita memberi yang terbaik demi mendapatkan sesuatu yang kita inginkan, seperti kepuasan diri, duit, atau kemahsyuran bergantung pada setiap individu. Bukanlah menjadi hak kita untuk mengkritik sesiapa yang mempunyai matlamat- matlamat tersebut. Ini kerana setiap perkara yang dilakukan oleh mereka adalah untuk diri mereka dan bukan untuk menghalang, atau menidakkan kejayaan orang lain.
Walaupun begitu, ada sesetengah perkara yang boleh kita lakukan sebagai orang luar untuk menegur, memberi nasihat atau kata- kata semangat kepada individu- individu tersebut semata- mata untuk kemajuan orang itu sendiri. Ini adalah atas dasar tiada manusia yang sempurna dalam erti kata semua perkara yang dilakukannya betul atau bertepatan dengan kehendak agama.
Oleh sebab itu, apabila seorang individu ingin menegur seorang lain perlu menyedari hakikat ini, bahawa kritikan membina dan kritikan bertujuan menjatuhkan adalah dua perkara yang amat berbeza asasnya. Kesilapan dalam memilih hala tuju teguran itu boleh menyebabkan dia telah terkeluar dari niatnya yang sebenar, atau mungkin menonjolkan niatnya yang sebenar! Dalam 2 faktor tersebut kita boleh merumuskan bahawa:
1. kritikan membina
- menonjolkan kesilapan seseorang secara peribadi
- memberi penyelesaian dan kaedah
- tidak membuat kritikan yang berunsur provokasi
- menggunakan perkataan yang baik
- memberi contoh yang baik yang dia sendiri lakukan
2. kritikan bertujuan menjatuhkan
- menonjolkan kesilapan seseorang secara terbuka
- menghasut orang lain
- menggunakan perkataan- perkataan yang menyakiti pihak lain
- tidak memberi kaedah penyelesaian
- membuat komen yang berunsur provokasi
Disebabkan seorang itu tidak dapat membezakan antara kritikan membina atau kritikan bertujuan menjatuhkan, maka mereka lebih cenderung kepada menyakiti pihak lain, mengutuk peribadi seseorang dan kadangkala membuat provokasi sebagai tanda untuk merasakan dirinya lebih baik berbanding orang lain. Ini adalah faktor yang lebih disukai oleh kebanyakan orang kerana perasaan hasad dengki memang mudah meresap dalam minda kita kerana menjatuhkan orang lain lebih mudah berbanding memajukan diri sendiri.
Dari segi psychology, orang yang suka menjatuhkan atau memburukkan orang lain lebih mudah dilakukan berbanding memajukan diri sendiri kerana ia hanya melibatkan menulis dan bercakap berbanding memajukan diri yang memerlukan usaha yang gigih dan ikhlas. Orang yang suka menjatuhkan orang lain juga dengan mudah dapat merasakan dirinya hebat kerana apabila dia menonjolkan keburukan orang, dia yang berada di tahap yang sama secara automatik nampak lebih hebat berbanding orang yg telah diburukkan itu, walaupun pada hakikatnya dia berada di takuk yang sama.
Oleh kerana itu, kita lebih cenderung melihat orang ramai memburukkan orang lain berbanding melihat orang yang berusaha bersungguh- sungguh untuk memajukan diri kerana pada dasarnya orang kita memang malas belaka. Jadi, tidak hairanlah fenomena ini banyak berleluasa di negara kita yang tercinta ini.
Saya mengingatkan diri saya sendiri terutamanya, bahawa menonjolkan keburukan atau kelemahan orang lain tidak bererti kita lebih hebat dari orang itu, tetapi kemungkinan besar ia adalah sebaliknya, kerana jika tiada angin, masakan pokok bergoyang?
———–
Berbalik kepada fotografi, disini saya dengan sukacitanya ingin berkongsi hasil kerja saya beberapa minggu lepas yang agak menarik untuk saya, kerana untuk pertama kalinya, saya bersama Zaila & Zulfadhli, bersama kawan saya Faizan mengadakan satu sesi pre- wedding di Stesen KTMB lama dengan tema 1960an. Harap kalian suka dengan hasil kerja saya kali ini…
Enjoy…
—————————————————————–
“abadikan detik indah anda bersama kami”
Jika anda indamkan detik indah seperti mereka, hubungi kami di:
Hazairi Basha (Jay)
Marketing Executive
hp: 6013 343 9328
e-mail: hazairi@detikindah.com
——————–
Ridhuan Abu Bakar (diwant)
Principal Photographer
hp: 6012 378 5093
e-mail: diwant@detikindah.com
Detik Indah Wedding & Portrait Photography
SignDeco Interior Consultant
©2009-2010 SignDeco MGT Enterprise (001908386-W) . All Rights Reserved

































































